Saturday 5 March 2011

Annahita Bakavoli Geli dan Jijik

Sebentar tadi ketika Alafana sibuk menonton TV sambil buat manicure, Alafana dapa tpanggilan dari seorang teman suruh Alafana tengok program Agro-Xplorasi. Katanya rancangan itu menawarkan hadiah I-pad so tak payah lah Alafana dok sibuk nak tunggu I-pad2.

Alafana memang ada menonton episod pertama Agro-Explorasi yang dihoskan oleh Nazruddin Haninur Rahman dan Datin Annahita Bakavoli Sabtu lepas. Alafana bukan nak sentuh pasal projek-projek agro yang berteknologi tinggi tetapi nak cakap pasal hosnya Annahita.

Nak tergelak Alafana tengok telatah Annahita yang ala-ala nak tak nak usap kepala kambing dalam kandang. Nampak sangat dia macam geli dan jijik bukan saja nak sentuh nak dekat pun macam terpaksa. Akhirnya setelah teragak-agak terpaksa lah usap-usap kepala kambing tu. Dengan hujung-hujung jari je.

Pastu geli geli tapi terpaksa perah susu kambing tu, nampak sangat macam terpaksa aje, alahai pihat produksi pun patutnya edit buanglah bahagian Annhita yang nampak geli-gelaman nak sentuh haiwan tu.
Rasanya Agro-Xplorasi memerlukan seorang hos yang adventurous dan tak kisah berkotor-kotro sikit macam pengacara Majalah Tiga dulu Wan Zaleha Radzi memang adventurous, selam laut, panjat gunung, naik kuda semua dilakukan sendiri, barulah seronok menonton...ni setakat geli-gelaman buat penonton gelak je. Lebih baik Annhita jadi hos kecantikan je la , sesuai...bole pose pose cantik sambil jadi hos.

No comments:

Post a Comment