Thursday 17 March 2011

Administrator Facebook Akademi Fantasi 9 Biadap

Sincerity is My Priority

Alafana ada menerima email dari penggemar Akademi Fantasia 9 (AF9) yang menyuarakan rasa tidak puas hati mreka terhadap admin FB AF9 yang telah berlaku biadap dengannya. Bacakanlah

Dear Cik Fana
Blog Alafana ni adalah salah satu platform utk kami luahkan apa yg telah berlaku. Mungkin Cik Fana sudah dapat menghidu atau sebaliknya.
Baru-baru ini, pihak ASTRO Akademi fantasia 9 akhirnya telah memaparkan video 25 calon yang telah terpilih dengan berdasarkan 50% undian juri dan 50% undian penonton .

Tapi, dukacitanya kami sebagai peminat setia rancangan realiti ini agak terkejut dengan keputusan yg dipaparkan. Pelajar-pelajar yang terpilih diantaranya adalah mendapat undian penonton yang paling terendah sekali, sebagai contoh seperti NORA hanya 348 undi dan MIZA 225 undi. Manakala calon yang telah mendapat undian yg kedua TERTINGGI langsung tidak mendapat tempat, membuatkan kami semua keliru. Bagaimanakah sebenarnya pengiraan yang dibuat? Bukankah kami sebagai penonton mmpunyai hak yang sama banyak dengan juri?

Dan susulan itu, ada insan yang telah bertanya mengenai perkara ini kepada pihak admin AF di ruangan wall facebook. Sekali lagi kami telah dikejutkan dgn jawapan yang diberikan oleh pihak mereka.
” ANDA YANG TIDAK UNDI, MENGAPA LEPAS KEPUTUSAN DIBUAT BARU NAK MENYALAK “
Mak aih, di mana tatasusila kalian? Perkataan menyalak itu langsung sama sekali TIDAK patut, dah la kata mengapa tak undi, sedangkan undian yg paling rendah sekali telah berjaya top 25? Dan bermula dari saat itulah, ruangan FB akademi fantasia 9 menjadi sangat PANAZZ.

Ada seorang pembaca telah capture terlebih dahulu keputusan undian penonton sebelum dibuang oleh pihak mereka. Tapi admin telah menyoal ‘ketulenan’ gambar-gambar itu. Langsung tidak masuk akal . Sedangkan ramai sekali wartawan2 dan blogger juga telah mmbuat ulasan sebelum ini, telah menyalin jumlah undian calon pada hari terakhir . Untuk apa ingin menipu? Apabila seorang pembaca pinta pihak admin sendiri siarkan keputusan sebenar, mereka meletakkan seribu alasan yg langsung tidak munasabah.
Pembaca-pembaca menjadi sangat geram dan tidak berpuas hati dengan jawapan-jawapan sombong, biadap dan tuduhan melulu daripada pihak admin AF9 ini. Sehinggalah akhirnya pihak admin telah mengeluarkan kenyataan meminta maaf atas ayat-ayat kasar yang telah dikeluarkan.

Takut pihak atasan dapat tahu (mungkin), sebab keadaan ketika itu memang bertambah kecoh. Dan mereka telah mmbuat kenyataan sekali lagi bahawa pemilihan pelajart Top 25 sebenarnya telah dipilih berdasarkan kriteria seperti keyakinan, perangai dari awal-awal lagi .

What?!  Jadi dimanakah hak kami yang 50% itu?  Bukankah hak kami sama banyak dengan juri iaitu 50%? Bukankah ini bermakna undian online hanyalah sekadar penipuan semata-mata?
Apabila persoalan itu pula telah diutarakan, pihak admin telah terus DELETED DISSCUSION BOARD INI YG BERTAJUK ” ANDA LUPA BACA TTG TERMA DAN SYARAT” http://www.facebook.com/topic.php?uid=180449741983494&topic=419
Untuk pengetahuan Cik Fana,  kami tidaklah melatah apabila pilihan undian kami tidak mendapat tempat. Tapi kami SANGAT3x tidak berpuas hati dengan “penyelesaian” yang dilakukan oleh pihak mereka. Memanglah undian ini free, tapi kami banyak sacrifice habiskan masa untuk membuat undian tersebut, iklankan kepada kawan-kawan lain, sanggup ke hulu hilir, habiskan bil-bil kami telefon kawan-kawan supaya pergi mendaftar di ruangan astro mengundi, tapi ini yang kami dapat?
Sampai hati sekali pihak Astro AF9 ini. Kami juga takkan kecoh seperti ini JIKA kami mendapat jawapan yang SANGAT TEPAT. Mengapakah pihak AF9 sangat susah untuk menjawab persoalan kami?
Dan kami berharap pihak OHBULAN! bantu kami untuk mendapatkan keadilan walaupon hanya 1% sekalipun, at least. Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak tuan kerana sudi membaca luahan kami ini. Kami juga telah sertakan bukti-bukti gambar antara perbualan dan jumlah undi yg sempat kami capture sebelum pihak mereka telah delete discussion board itu. Sekian, terima kasih.

Pendapat Cik Fana sennag aje boikot aje AF9 ni dah tak relevan dah. Lagi satu pecat aje admin AF9 tu biadap sungguh...

4 comments:

  1. amboi..amboi..amboi..amboiiii...celuparnya deknon mereka-mereka itew. sekali dibuatnya peminat boikot, saper lak nak undi budak budak tu...mereka dan ipar duai mereka lah jawabnya. belom apa-apa dah buat satu lagi kontroversi. hari tu pengetua ni murid murid plak..tak kesah laa siapa pun , jangan nanti semua perserta nan hado!!! .

    p/s:ini baru kene... rumah belom siap, pahat sedang berbunyi" hua..hua..hua!!!!

    ReplyDelete
  2. Cik Fana tidak mahu sekali kali jadi mangsa tipu undian SMS ke, peraduan menang SMS ke atau peraduan menang dan gores ke, perhabih duit kredit je tp habuq pun taraq..sekadar tontonan hiburan picisan bolehlar...

    ReplyDelete
  3. mungkin pihak astro dah ada calon2 pelajar sendiri.. ni sekadar untuk mengaburi penonton..tp penonton skg pon sumenya celik IT...

    ReplyDelete
  4. jadi,tak payah la buang masa dgn af nih..baik tgk imam muda..

    ReplyDelete