Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts

Thursday, 28 April 2011

Siti Nurhaliza Nafi Terima RM1J Untuk Laskar Pelangi

Sincerity is My Priority


Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bersedia membawa watak Ibu Muslimah dalam pementasan teater muzikal Indonesia, Laskar Pelangi yang dijadual dipentaskan di negara ini Julai depan, jika tawaran diterima bersesuaian dengan kehendak dan komitmen kerjayanya.
Bagaimanapun, penghibur berusia 32 tahun itu menafikan dia menerima pembayaran sebanyak RM1 juta untuk membawa watak guru yang gigih memperjuangkan nasib anak-anak susah di Pulau Belitung itu.
“Saya dengar khabar angin ada pihak produksi ingin menyunting saya sebagai seorang daripada teraju dalam teater muzikal itu namun sehingga kini tiada sebarang tawaran rasmi mengenainya, sebaliknya saya hanya mendengar daripada kawan dan pengurus saja.
“Bagaimanapun saya nafikan jumlah bayarannya sebanyak RM1 juta kerana kerana segala-galanya belum ada hitam putih. Apapun, jika benar tawaran itu akan menyusul, saya bersedia menimbangkannya kerana filem itu adalah sebuah karya yang menarik,” katanya yang menghubungi Harian Metro, pagi semalam.
Diadaptasi daripada filem terbitan Indonesia dengan judul serupa, teater muzikal Laskar Pelangi yang mendapat sentuhan pengarah Riri Riza bakal dipentaskan dengan mengekalkan plot cerita dan pembangunan watak yang sama namun disuntik pembaharuan pada barisan pelakon yang baru.
Alafana suka sangat dengan filem Laskar Pelangi dan sudah beberapa kali menontonnya. Watak Ibu Muslimah menuntut permainan emosi yang mencabar. Persolannya, dengan pengalaman yang kurang dalam bidang lakonan, mampukah Siti menjiwai watak Ibu Muslimah dengan sepenuh jiwa?

Monday, 25 April 2011

Siti Nurhaliza Kejar Nurul Shukor ke Hospital

Sincerity is My Priority

Baru-baru ini, teman Alafana melawat seorang teman yang dimasukkan ke hospital untuk rawatan akibat buasir dan ternampak kelibat jurusolek tersohor di salah sebuah wad di hospital berkenaan. Turut berada di wad berkenaan adalah penyanyi tersohor tanah air Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

Rupa-rupanya Nurul Shukor telah pitam dan rebah di salonnya akibat kepenatan. Ketika dia pitam, Nurul sedang berbual dengan Siti di dalam telefon. Mendengarkan sesuatu yang tidak kena, Siti dan pengawal peribadinya telah bergegas ke studio Nurul dan mendapati Nurul telah  pengsan. Tanpa berlengah lagi, terus Siti dan pengawal peribadinya membawa Nurul ke hospital dan dikejarkan ke wad untuk rawatan.

Nasib baik ada Siti yang sanggup bergegas ke studio Nurul, kalau tak ada Siti, tak tau lah apa akan jadi.
Alafana harap Nurul banyak kan berehat dan semoga cepat sembuh.

Wednesday, 6 April 2011

Album Inggeris Siti Nurhaliza

Sincerity is My Priority

Bagi melebarkan sayap kerjayanya, Siti Nurhaliza Taruddin telah merakamkan album Inggeris beliau yang pertama bagi pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa.

Sepuluh buah lagu telah pun dirakamkan dan menunggu masa untuk dipasarkan. Besar kemungkinan album Inggeris berkeaan akan dilancarkan June ini.

Beliau telah menggunakan khidmat komposer dari Australia  Brian Bruno dan Cristian Alexander dan rakaman telah diadakan di Kuala Lumpur.

Jika album berkenaan mendapat sambutan, Siti akan merakamkan album yang kedua.

Album Inggeris pertama ini akan diedarkan oleh What's Up Entertainment milik anak tirinya, Adib.

Saturday, 26 March 2011

Siti Nurhaliza Disampuk Jembalang?

Sincerity is My Priority

Terkejut Alafana apabila mendapat foto dengan kata-kata Siti disampuk empat jembalang. Rupa-rupanya jembalang tu adalah gimmick sempena karnival dan konsert Terima Kasih Harian Metro 20 Tahun yang kini sedang berlangsung di Dataran Merdeka.

Gambar tersebut diambil oleh Siti bersama-sama kakitangan Harian Metro di belakang pentas sebelum  Siti memulakan persembahan sebentar tadi.

Antara artis yang membuat persembahan adalah Ella, Ramli Sarip, Black, Stacey, Alyah, Datuk Ahmad Jais, Shahir, Azlan &The Tywriter.

Konsert diadakan bagi mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan kepada Harian Metro.

KrisDayanti Pakai Vera Wang, Siti dan Anang Nyanyi Dua Lagu di Majlis Resepsi

Sincerity is My Priority
Siti dan suami sedang sibuk edit foto sebagai kenangan


Penyanyi tersohor tanahair telah menghadiri majlis resepsi kawan karibnya yang juga merupakan penyanyi Indonesia, Kris Dayanti.
Siti hadir ditemani suami Datuk Khalid Mohd Jiwa ke majlis yang penhu dihiasi dengan bunga mawar putih berlangsung di Ballroom Hotel Mulia, Senayan, Jakarta.
Pada majlis berkenaan, Siti turut mendendangkan dua buah lagu bagi meraikan pengantin.


Sementara itu, bekas suami Kris Dayanti, Anang Hermansyah menepati janjinya untuk hadir ke pernikahan mantan isterinya. Dia datang melalui lobi depan Hotel Mulia  bersama teman duetnya, Ashanty Siddiq. Dalam kesempatan itu, Anang sempat menghibur dengan menyanyikan dua buah lagu.
KD menggayakan gaun pengantin rekaan Vera Wang






Anang yang mengenakan setelah persalinan kot berwarna cokelat  dan berkemeja putih itu mendendangkan sebuah lagu bersama Ashanty.
 Satu lagu lagi dinyanyikan Anang bersama Ashanty, dan Aurel. Lagu yang mereka nyanyikan adalah 'Tanpa Bintang'.



1500 orang hadir dalam resepsi pernikahan KD yang kali ini didominasi mawar putih.
Pelamin Indah  di majlis resepsi KD