Showing posts with label Ifa Raziah. Show all posts
Showing posts with label Ifa Raziah. Show all posts

Tuesday, 15 March 2011

Iffa Raziah BerKempen Bersih Nama

Sincerity is My Priority

Pembantu peribadi Iffa Raziah  yang dikenali sebagai Propa sedang cuba membersihkan nama  artis berkenaan susulan insiden maki hamun Iffa terhadap Safura di laman Twitter baru-baru ini.  Akibat kata-kata kesat Iffa itu, Iffa Raziah telah dikecam hebat oleh masyarakat yang sungguh mual dengan perangai Iffa.

Alafana dapat tahu yang Propa sedang menjalankan kempen Public Relationnya dengan memberitahu beberapa wartawan betapa mulianya hati Iffa walaupun bermulut jahat dan dia berasa sedih apabila majikannya itu sering di salah tafsirkan.

Nasihat Alafana, kalau hati baik, perlulah sejajar dengan tingkah laku dan kata-kata. Dalam hati manalah kita semua nak tau baik ke jahat, jadi kalau hati itu wangi dan mulia zahirkanlah melalui tutur kata yang sopan. Janganlah bertiketkan kononnya tidak mahu bersikap hipokrit maka Iffa boleh memaki hamun sesuka hati.

Alafana setuju dengan sikap Iffa yang lantang bersuara tetapi biarlah bertempat dan tidak perlu bermulut lancang. Masyarakat meluat tau.  Lantang bersuara biar beradab jangan biadap.

Dah masyarakat menyampah baru terhegah-hegeh nak bersihkan nama baik. Alafana tertunggu tunggu gak bila Iffa nak mintak maaf kepada masyarakat secara terbuka terhadap kata-kata kesatnya itu sebagaimana yang telah dilakukan oleh produser A.Aida setelah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap  pelakon Sheera Iskandar.

P/S: Tertanya-tanya bila pulak Fizz Fairuz nak tampil meminta maaf secara terbuka kepada masyarakat terhadap lawak bodoh dan biadapnya di laman twitternya yang mempermainkan kejadian gempa bumi dan Tsunami yang elanda Jepun Jumaat lepas.
Sabtu lepas, ada wartawan hubungi Fizz mintak komen atas tindakan bodohnya itu tapi dia tak nak komen.

Sunday, 27 February 2011

Artis dan Kata Kesat: Sudah terhakiskah nilai murni?

Hari ini akhbar mingguan Malaysia masih lagi mengulas mengenai sikap mulut celupar sesetengah artis Malaysia yang mengeluarkan kata kata kesat terhadap artis lain. memang AlamfFana ada menonton A.Aida ketika mengulas kemelut dia dengan Shireen Iskandar (anak aktres Aznah Hamid) rancangan Melodi. Terkejut juga AlamFana perkataan 'kepala hotak' terhambur keluar dari mulut produser drama itu.
Selepas itu AlamFana dikejutkan pulak dengan berita kata-kata kesat yang dihamburkan oleh Ifa Raziah di laman twitternya menyerang Safura. Tak sanggup nak baca kata kata kesat tu.
Walaupun marah macam mana sekali pun, jagalah adab dalam berbicara kerana kata-kata yang dikeluarkan  menggambarkan diri kita,  peminat akan menyampah dan terus memandang serong terhadap industrri hiburan tanahair. Dah lah pencapaian industri yang membanggakan tak seberapa tetapi seringkali dilanda pelbagai kontroversi murahan.