Bulan ini satu filem ditayangkan selang seminggu bermula dengan Hikayat Merong Mahawangsa mulai esok, Ratu The Movie, Anu Dalam Botol dan Cun. Perkara begini jarang-jarang sekali berlaku di dalam kalendar filem tanahair.
Setiap satu filem yamg ditayangkan menampilkan genre yang berbeza, HMM filem epik sejarah/mitos Melayu, Ratu sebuah filem reality adventure, Anu dalam Botol menampilkan genre drama dan Cun sebuah filem komedi romantik.
Filem-filem ini masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak rugi kita menonton kesemua filem-filem ini. Alah bukan selalu dalam sebulan tonton empat filem sekaligus. Ini lah antara masanya kita menyokong industi perfileman tanah air. Kita dah beberapa bulan asyik terjerit ketakutan je dalam panggung tapi dalam bulan Mac ni kita bergelak, kita menangis dan meng aha kagumi filem-filem ini.
Hikayat Merong Mahawangsa yang sarat dengan kesan-kesan khas hasil Computer Generated Imaging adalah sebuah filem epik berkisar kepada Hikayat Merong Mahawangsa menceritakan awal mula sejarah berdirinya negeri Kedah mulai dari dibukanya negeri tersebut oleh Raja Merong Mahawangsa.
karya sejarah serius secara total. Sebaliknya medium yang tetap menghiburkan.
Walaupun isinya berat, HMM adalah satu fiesta mata dengan props, set dan imej janaan komputer CGI yang menakjubkan.
Plot ringkas dan padat, HMM dipersembahkan secara bercerita oleh pewaris Merong iaitu Phra Ong Mahawangsa atau nama Islamnya, Sultan Mudzafar Shah.
HMM membariskan beberapa pelakon dari luar negara termasuk Stephen Rahman Hughes sebagai Merong Mahawangsa, Jing Lu (Meng Li Hua - Puteri China), Gavin Rees StenHouse (Marcus - Putera Rom), Craig Robert Fong (Liu Yun - Laksamana China), Eric Karl Hendrik Norman (Lycius - Laksamana Rom) dan Keith Chong (Maharaja China).
Pelakon tempatan yang terbabit ialah Datuk Rahim Razali (Kesum), Deborah Henry (Yesoddhra), Wan Hanafi Su (Taji), Khir Rahman (Kamawas), Ummi Nazeera (Embok), Umie Aida (Lang - ibu Merong Mahawangsa), Nell Ng (Ying Ying), Kuswadinata (Phra Ong), Mano Maniam (Goan), Ravi Sunderlingam (Sunder - pahlawan Goa), Jehan Miskin (Embi - pahlawan Melayu) dan Maya Karin (orang kampung) serta lebih 300 pelakon tambahan.
Anu Dalam Botol mengangkat sisi gelap kehidupan golongan homoseksual, bagi berkongsi kesedaran betapa sikap keterlaluan dalam percintaan sehingga boleh membawa musibah yang amat memeritkan.
Anu Dalam Botol bercerita mengenai sepasang lelaki gay yang dilamun cinta, Rubidin dan Ghaus. Rubidin sangat menyintai Ghaus sehingga sanggup berkorban dengan melakukan pembedahan jantina hanya kerana mengesyaki lelaki itu semakin menggemari wanita. Malangnya, Ghaus tidak dapat menerima Rubidin dan menyingkirkan lelaki itu daripada hidupnya.
Rubidin yang kecewa kembali ke identiti asalnya iaitu sebagai lelaki. Kemudian, dia jatuh cinta pada seorang gadis, Dina.
"Ia sebuah cerita cinta yang sangat berat. Ia bukan filem mengenai golongan "adik-adik" sebaliknya judul yang cukup serius. Saya ingin berdakwah menerusi filem ini. Ia memaparkan sisi hitam dalam percintaan apabila kita bersikap berlebihan," kata penerbit Anu Dalam Botol, Raja Azmi.
Filem bercorak reailty adventure, “Ratu The Movie” mengisahkan tentang 10 orang calon Pertandingan Ratu Cantik yang akan bertanding di peringkat akhir. Kesemua 10 calon itu telah dikumpulkan di sebuah jeti dan dibawa menaiki sebuah kapal layar ke lokasi yang ditetapkan. Sewaktu dalam pelayaran tiba-tiba berlaku ribut yang sangat kuat sehingga krew kapal dan kesepuluh-sepuluh calon itu terpaksa mendarat di sebuah pulau.
Sepanjang malam mereka berada di pulau itu pelbagai kejadian aneh dan misteri telah berlaku. Mereka telah diserang dan satu demi persatu calon-calon itu hilang. Sehinggalah calon akhir berjaya diselamatkan dan diistiharkan sebagai pemenang.
Segala kejadian aneh dan misteri itu merupakan salah satu daripada perancangan pihak penganjur untuk mencari ratu cantik yang sebenarnya di mana kesemua calon telah dinilai bukan sahaja daripada segi kecantikan, malah mereka turut dinilai daripada aspek kelakuan dan sikap serta kekuatan mereka menghadapi cabaran. Boleh dikatakan filem ini ala ala survivor.
Cun dipersembahkan menggabungkan elemen sedih, jenaka dan gembira. Unsur lain yang lebih istimewa, ialah latar kehidupan masyarakat di kampung dan bandar yang digabungkan dalam satu jalan cerita. Antara pelakonnya adalah Kartina Aziz, Remy Ishak, Faezah Elai dan Mislina. Orang bandar pula Maya Karin, Jehan Miskin dan Ning Baizura. Lakonan Faezah sebagai Kuntom iaitu jurusolek kepada Luna (Maya) yang kasar macam tomboy. Lakonan Faezah memang sempoi habis malah ada masanya menenggelamkan aura Maya dalam filem itu. Remy turut menyerlah sebagai jejaka kampung bernama Atan yang jatuh hati dengan Luna selepas gadis bandar itu pergi membawa hati ke Kedah. Lebih melucukan lakonan Mislina sebagai Bedah Tonggek sangat kelakar
Dalam Cun, diselitkan juga mesej tentang perlu nya mengambil berat sesama jiran tetangga.
Ada enerbit filem berasa resah akibat persaingan yang dekat ini boleh mengakibatkan kutipan tiket untuk filem mereka terjejas.Walau apa pun, filem-filem ini membawa genre yang berbeza dan tidak rugi menonton setiap filem ini.
Jom rame-rame kite ke pangggung.
Showing posts with label Hikayat Merong Mahawangsa. Show all posts
Showing posts with label Hikayat Merong Mahawangsa. Show all posts
Thursday, 10 March 2011
Sunday, 6 March 2011
Merong Mahawangsa: The Malay Chronicles Membanggakan
Hari Khamis ni akan berlangsunglah pembukanna penayangan filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM)diangkat sebagai filem dalam genre epik pengembaraan diterbitkan dengan kos RM8 juta.
Alafana dengar cerita setakat ini, hak pengedaran untuk filem HMM telah terjual di lebih 25 buah negara termasuk di United Kingdom, Perancis, Jerman, China, Jerman, Peranchis Russia dan negara-negara Timur Tengah .
Alafana rasa kejayaan itu telah menjadikan HMM sebagai filem terbitan tempatan yang paling berjaya dari segi penjualan antarabangsa setakat ini.dan kita patut berbangga dengan hasil filem ini dan berharap warisan serta kebudayaan diterapkan dalam filem ini bukan saja menjadi kebanggaan rakyat Kedah tetapi juga rakyat Malaysia.
HMM membariskan beberapa pelakon dari luar negara termasuk Stephen Rahman Hughes sebagai Merong Mahawangsa, Jing Lu (Meng Li Hua - Puteri China), Gavin Rees StenHouse (Marcus - Putera Rom), Craig Robert Fong (Liu Yun - Laksamana China), Eric Karl Hendrik Norman (Lycius - Laksamana Rom) dan Keith Chong (Maharaja China).
Pelakon tempatan yang terbabit ialah Datuk Rahim Razali (Kesum), Deborah Henry (Yesoddhra), Wan Hanafi Su (Taji), Khir Rahman (Kamawas), Ummi Nazeera (Embok), Umie Aida (Lang - ibu Merong Mahawangsa), Nell Ng (Ying Ying), Kuswadinata (Phra Ong), Mano Maniam (Goan), Ravi Sunderlingam (Sunder - pahlawan Goa), Jehan Miskin (Embi - pahlawan Melayu) dan Maya Karin (orang kampung) serta lebih 300 pelakon tambahan
Salah satu dari sebab mengapa HMM dikarang ialah untuk digunakan sebagai dokumen pengabsahan kuasa raja Kedah ke atas negerinya dan kawasan-kawasan jajahannya. Hikayat ini juga berguna dalam menepis dakwaan Siam bahawa raja Kedah tidak berhak menyerahkan Pulau Pinang kepada Inggeris pada tahun 1786. Oleh itu, seperti hasil-hasil sastera sejarah Melayu tradisional yang lain, HMM adalah penggemblengan unsur-unsur realiti dan mitos yang digunakan untuk menegakkan kedaulatan raja-raja Kedah dan keturunannya.
Ringkasan Cerita HMM

Sekarang Alafana nak kongsi kisah sikit tentang sejarah Hikayat Merong Mahawangsa. Tersebutlah kisah angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah.
Beberapa unsur Pensejarahan Melayu Tradisional Dalam HMM
Pengarang karya sastera sejarah tradisional menggunakan berbagai-bagai unsur mitos dan lagenda untuk dijadikan sebagai bukti subjektif dalam penulisannya. Bila hikayat itu menceritakan tentang sesuatu yang lebih dekat dengan zaman kini, barulah bukti objektif seperti unsur realiti dan sejarah sebenar dipakai.
Dalam HMM kita bertemu dengan berbagai-bagai unsur mitos yang berasal daripada pengaruh Hindu dan juga setempat. Pengaruh-pengaruh yang berbeza juga dipertentangkan supaya ternampak yang satu lebih mengatasi yang lain. Burung geroda, binatang mitis hindu kenderaan Visynu dipertentangkan dengan kuasa Allah menerusi Nabi Allah Sulaiman. Unsur mitos Hindu dan animisme seperti gajah sakti, anak raja yang ditemui dalam buluh betung dan dalam sungai, mitos asal usul tempat dan lain-lain semuanya dikemukakan dengan cara yang teratur dan bertujuan memberikan asal usul raja Kedah gambaran yang agung dan gemilang.
Cerita-cerita di sekitar Raja Bersiong adalah contoh penggemblengan unsur mitos Hindu dan unsur perlambangan untuk memberikan asal usul raja-raja Kedah suatu pewarnaan keagungan dan kehebatan.
Penggemblengan unsur realiti dan mitos tergambar dalam gaya pengarang menceritakan bagaimana terjalinnya perhubungan antara Kedah dengan Siam. Dengan cara yang menarik, pengarang tidak menafikan bahawa Siam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari Kedah dan mengaku Kedah menghantar bunga mas dan perak kepada Siam. Tetapi pujangga istana Kedah menjelaskan peristiwa-peristiwa ini berlaku dengan pendekatannya yang tersendiri tanpa menjejaskan kedaulatan negeri Kedah.
Telah dijelaskan dari awal bahawa perhubungan antara negeri Kedah dengan Siam adalah berasaskan ikatan kekeluargaan antara adinda bongsu dengan kekanda sulung. Dengan mudah dapat diterima mengapa permaisuri Raja Bersiong dan menteri keempat meminta bantuan dari Siam bila menghadapi masalah mencari orang yang sesuai untuk dijadikan raja, menggantikan Raja Bersiong.
Pengarang tidak mengatakan Raja Siam terus membantu tetapi Raja Siam berunding dengan ahli nujum dan meminta pihak ketiga, iaitu gajah sakti, untuk menyelesaikan masalah itu. Dengan menggunakan unsur-unsur yang wujud dalam sistem kepercayaan masyarakat, pengarang menyatakan tugasnya sebagai pujangga istana yang bertanggungjawab.
Keunggulan HMM makin terserlah dalam pengisahan kedatangan Islam ke negeri Kedah dan proses penyesuaian dari amalan menyembah berhala kepada bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Taala.Walaupun ia menceritakan peristiwa yang sama yang disebut dalam banyak karya sastera, pujangga istana Kedah menceritakannya dengan gaya yang berbeza.
HMM yang dikarang dengan berdasarkan konsep penulisan sejarah Melayu tradisional, menjalankan peranannya sebagai sebuah penulisan sejarah. Ia bukanlah dikarang semata-mata berdasarkan khayalan dan dongengan; malah banyak rahsia budaya dan nilai hidup zaman dulu tersirat dalam himpunan perlambangan, mitos dan lagenda.
Subscribe to:
Posts (Atom)